Lama Tipah tidak menulis.Banyak yang bersarang dalam kepala Tipah yang tak berapa besar ni dan otak Tipah yang dah kurang ketajamannya ni.Kerja..anak2..rumahtangga..ibubapa..semua perlu dijenguk dan perlu difikir.Rasa nak balik ke alam remaja.Tapi tazkirah di kolej setiap pagi Jumaat yang tidak pernah Tipah terlepas mendengarnya mengingatkan Tipah agar reda dengan ketentuan Illahi.Sekiranya keredaan itu mampu singgah di hati ini,Tipah kira dunia Tipah menjadi lebih tenteram dan tekanan berkurangan.Tapi manusia yang lemah dan alpa serta dengan yang iman yang sekelumit, seperti Tipah ni mudah lupa akan ketentuan itu.Lebih mudah ikutkan apa Tipah hendak,apa matlamat Tipah,apa keinginan Tipah..Tipah kira apabila keredaan itu telah bertakhta, datang apa pun,Tipah tetap mampu tersenyum ,bertenang dan tidak mudah gelabah... Masa itu tidak perlu lagi personal ISO.Itu yang cuba Tipah ikhtiarkan dan Tipah tahu bukan mudah untuk Tipah mencapai tahap tesebut.Tingkatkan kesabaran Tipah Ya Allah dan reda dengan segala yang telah berlaku..itulah doa yang tidak putus2 Tipah minta dengan airmata yang tergenang...
Biarlah apa pun orang nak buat kat Tipah atau nak menegakkan benang yang basah..Allah ada..Sesungguhnya Allah sebenar-benarnya mengetahui apa yang berlaku dalam dunia Tipah.Itu yang cuba Tipah masukkan dalam kepala Tipah ni.Sesekali datang rasa untuk membalas dendam..mengaibkan mereka-mereka itu, tapi Tipah urut dada dan sabar serta bersabar..Tiada kesudahannya..Biarlah Tipah serahkan kepada Tuhan yang maha esa untuk membalasnya nanti di akhirat..Tipah tak rasa Tipah pengecut,tapi... Tipah sekadar nak mencari ketenteraman dalam diri Tipah ini..
Dunia ini mungkin Ante yang punya,tapi tidak di akhirat..15 tahun bukan masa yang singkat yang Tipah dan anak-anak lalui, tapi dengan kebesaran Allah, Tipah dapat bersabar lagi hingga ke hari ini...
No comments:
Post a Comment